Thursday, July 3, 2008
Disebalik lukisan part 4
Bagi disebelah bawah kanan pula kita akan lihat beberapa objek. Diatas sekali kita akan dapat melihat kura-kura. Ini simbol pergerakan yang lambat. Ini ditujukan kepada kereka yang agak lambat bergerak dan sedar dari alpa. Disebelahnya didapati host/saluran yang menghubungi ke bom tangan.(sila rujuk perincian lukisan part 1) Ini menunjukkan kesan letupan dari bom tangan tadi dapat dihalakan ke arah tertentu menerusi host tadi. Ini dapat ditafsirkan dengan setiap masalah yang kita hadapi bukanlah dari sumber yang nyata. Ada diantaranya melalui maksud yang tesirat. Disini hendak ditekankan supaya kita haruslah menyiasat punca setiap masalah sebelum tindakan diambil. Selain itu, di bahagian bawah dan ditengah-tengah,kelihatan 3 bentuk monitor lama(crt). Hanya satu dari 3 monitor lama ini mempunyai skrin yang bewarna dan membawa maksud masih tidak rosak. Ini menunjukkan bukan semua sumber/barangan lama kita tidak boleh gunakan. Cuma kita mesti bijak menggunakannya dan yang pasti, janganlah membazir. Kadangkala barangan lama lebih peraktikal digunakan. Disebelahnya pula kelihatan manusia bertopeng gas. Topeng gas biasanya dipakai oleh tentera keselamatan bagi melindungi diri dari ancaman berbahaya seperti gas beracun dan sisa kimia/toksid. Dengan itu, kita haruslah menyiapkan/bersedia dari sekarang dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku pada diri kita. Bukan saja dari segi keselamatan, bahkan juga dari segi kemajuan diri. Sebagai contoh, kita haruslah memastikan hasil kerja/artwork kita dilindungi oleh undang-undang seperti undang-undang hakcipta. ini sekadar memastikan keselamatan harta benda kita.
Disebalik lukisan part 1Disebalik lukisan part 2Disebalik lukisan part 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment