Wednesday, June 25, 2008

Disebalik lukisan part 3



Di bahagian kanan bawah pula kelihatan susunan huruf yang menghasilkan perkataan "CHAOSTAR". Ini hanyalah gimik. Gimik apabila chaos atau kacaubilau di sinonimkan didalam kesenian. inilah contohnya kacaubilau dalam seni(lukisan). Tiada maksud kearah kacaubilau dalam kehidupan. Dibawahnya pula kelihatan kereta kebal. ini Simbolik kepada peperangan. kita pernah digemparakan dengan peperangan. Peperangan sendiri cukup luas maksudnya. Bukan setakat perang merebutkan hasil bumi sesebuah negara seperti berlaku di iraq, bahkan cukup halus maksudnya contohnya dari segi ideologi. Juga tidak ketinggalan kepada penjajah. siapa kata kita tidak dijajah? Ramai diantara kita masih dijajah dari segi cara pemikiran. Kita boleh nampak dalam suasana politik Malaysia. Banyak yang dipengaruh oleh berita-berita palsu/putarbelit. Disini kita harusla bijak memilih/tapis maklumat yang kita terima. Jangan bergantung pada satu sumber sahaja (rujuk gambar seseorang memakai topeng gas).. Selain dari itu, perkataan dibawah awan iaitu think positif. Ini sekadar mengembalikan kepercayaan kita pada sesuatu dan memberi keyakinan terhadap sesuatu...




Disebalik lukisan part 1
Disebalik lukisan part 2
Disebalik lukisan part 4

Friday, June 20, 2008

Disebalik lukisan part 2


Yeah.. Dibahagian kanan atas pula kelihatan beberapa objek yang dapat menghuraikan maksud dan tujuan pelukis. Kita akan dapati imej kapalterbang ala-ala perang dunia ke-2 dan secara lebih tepat dimiliki oleh tentera Jepun. ini mengambarkan kenderaan penting dalam peperangan. Walaupun begitu, semangat dan komitmen juga perlu untuk mencapai cita-cita. Selain dari itu, kelihatan seorang manusia dibawahnya memegang bendera seakan-akan bendera Malaysia dan diatas rajah kapalterbang tadi kelihatan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya. Tetapi ianya tidak sempurna. Bunga yang xcukup sifat... Di sini kita dapat menyimpulkan bahawa secara keseluruhannya mengambarkan semangat patriotik serta semangat kenegaraan dan cuba ketepikan masalah peribadi dan masalah kauman serta bersatu melawan ketidaksempurnaan yg berlaku dinegara kita ini. Tak kira apa jua latarbelakang/warna kulit mahupun ahli politik, kita perlu bersatu sebelum terlambat.





Disebalik lukisan part 1
Disebalik lukisan part 3
Disebalik lukisan part 4