Friday, October 2, 2009
Mansuhkan dulu PPSMI untuk martabatkan BM, kata Pak Samad
Datuk A Samad Said juga berkata beliau tidak nampak keberkesanan penguatkuasaan bahasa kebangsaan itu, yang diumumkan sejak 2005.
"Saya rasa laporan berita itu tidak lengkap kerana sebelum ini pun DBP sudah ada unit khas untuk ambil tindakan terhadap mereka yang guna bahasa salah dalam iklan," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, yang merupakan salah satu resolusi satu persidangan bahasa Melayu semalam.
Media melaporkan, Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."
"Apa yang saya nampak, setakat inipun usaha ini masih tidak berjalan. Tapi itu bukan masalah pokok, masalah pokok adalah penggunaan bahasa Melayu," kata aktivis sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah memansuhkan PPSMI supaya dasar pengajaran selari dengan undang-undang.
"Apa yang saya nampak, kerajaan setakat ini terus menghina bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula didewa-dewakan," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Bahasa Inggeris sudah ada diberikan dana sebanyak RM5 billion untuk mantapkan bahasa itu, tapi untuk memartabatkan bahasa Melayu, tidak ada," kata Pak Samad yang turut mengetuai beberapa siri demonstrasi membantah dasar PPSMI Mac lalu.
"Kerajaan mestilah mengikut dan meluhuri Akta Bahasa Kebangsaan tersebut dan bukannya melanggar undang-undang, itu setakat yang saya nampaklah," katanya yang
Beliau berkata, DBP sememangnya tidak berkuasa untuk menguatkuasa bahasa Melayu, malah beliau mengetahui ramai di kalangan kakitangan DBP sendiri yang tidak bersetuju dengan PPSMI.
"DBP tidak boleh buat apa-apa, tapi kerana ia berada bawah kuasa kementerian pelajaran, jadi dia kena ikutlah. Kalau ditanya secara rahsia, ramai yang tidak setuju. Tapi apa yang mereka boleh buat kerana mereka orang makan gaji," jelasnya lagi.
Tambahnya, resolusi berkenaan yang diputuskan persidangan anjuran bersama DBP itu masih di peringkat cadangan.
"Itu permintaan, apakah kementerian akan terima atau tidak permintaan ini? Dalam usaha baru ini saya tidak tahu DBP akan buat macam mana," kata Pak Samad lagi.
Mengulas mengenai satu lagi resolusi persidangan yang meminta kerajaan mewujudkan jawatan atase bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat misi Malaysia di luar negara, beliau berkata ia adalah usaha yang baik.
"Itu tak apalah kalau kerajaan rasa ia boleh mengembang dan membantu masyarakat mengguna bahasa. Tapi saya rasa yang penting adalah usaha di tanah air sendiri, masih samar-samar pelaksanaannya.
"Yang penting adalah supaya kerajaan tidak terus melanggar Akta Bahasa. Bermakna kerajaan mesti memansuhkan PPSMI," tegasnya.-Malaysiakini
Wednesday, August 26, 2009
Gurauan kartunis Zunar dan KDN
[MALAYSIA KINI] 25 Ogos - Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik perdana menteri.
Pegawai bahagian kawalan penerbitan KDN turut merampas 408 naskhah majalah tersebut - yang sarat dengan kartun dan humor isu-isu semasa dan politik.
Ia juga memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).
Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.
Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan" (foto kiri).
Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.
Terdahulu:
[MALAYSIA KINI] 24 Ogos - Kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque akhirnya kembali bergelumang bersama dunia kreatif melalui majalah Gedung Kartun setelah meninggalkan organ PKR Suara Keadilan beberapa bulan lalu.
Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung dwibulanan itu memaparkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara (foto kiri).
Edisi awal September kini sudah berada di pasaran.
Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menyumbang rencana dalam Gedung Kartun.
Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan" (foto kanan).
Edisi sulung ini menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA.
"Kita juga akan muatkan kartun istimewa karya Dr Farish A Noor," kata Zulkiflee atau lebih popular dikenali Zunar, tanpa mendedahkan karya pengamat politik itu.
nak dapatkan? oder secara online sekarang!: http://koncozunar.blogspot.com/ -editor
suber: duniacacamarba.blogspot.com/
Wednesday, July 22, 2009
Filem gubra. Pro dan kontra
Aku ada terbaca beberapa komen tentang filem Gubra di internet. Dalam banyak2 komen, ini diantara komen yang mempunyai banyak fakta yang aku setuju walaupon ilmu perfileman xla bnyak kt otak aku. Tetapi mana ilmu yang aku belajar dan pengalaman, sungguh tepat.. Kt bawah ni atikelnya.. Sila baca dan nilaikan... Yang ni aku amik dari harakahdaily.net..
Begini - Ini semua peluru dari perang budaya. Janganlah barisan yang memperjuangkan Melayu-Islam berasa kalah. Oh tidak, bukan sikap pejuang untuk berasa kalah. Jangan berasa serik, kalau puntung kaki tangan serta hati nurani sekalipun kita masih ada cara untuk berperang dan berjuang.
Saya ingin memetik tiga perenggan buku yang saya ulit lama dahulu, iaitu Al-Ghazwu ats-Tsaqafi: Al Muqaddimat wa al-Khalfiyyat at-Tarikhiyyah oleh Ayatullah Sayyid Ali Khamenei yang mengupas persoalan perang budaya termasuk kedudukan filem dan karya kesusasteraan Islam harus bagaimana, menurut rahbar, terjemahannya:
Ada pun konfrontasi mereka dalam bidang kebudayaan, di antara contohnya adalah penerbitan buku dan makalah yang menentang Islam. Lainnya adalah produksi filem yang berisikan hinaan terhadap Islam dan penyebarluasnya di tengah masyarakat muslim dan non muslim.
Yang amat disayangkan dan mengundang keprihatinan, sebahagian penulis dan seniman malah ikut serta menggoreskan penanya dan menuangkan kemampuannya dalam hal kefasihan dan kesenian untuk berkhidmat kepada mereka. Semua itu mereka lakukan dengan tujuan meraih keuntungan material (baca: kepentingan nafsu semata-mata dan agenda besar menentang Melayu-Islam) sambil meminggirkan hati nurani kesusasteraan dan emosi artistik mereka.
Dan untuk mereka yang berasa kalah, saya kutipkan perenggan ini, juga dari buku beliau yang segar sekali isinya itu:
Kewajiban seluruh umat Islam, khususnya masyarakat Islam yang telah dikurniai jiwa kemerdekaan dan telah merasakan peribadatan kepada Allah, dan lebih saya tekankan lagi para ulama dan kaum terpelajar, adalah: "bersikaplah waspada! Janganlah kalian sampai terperosok ke dalam perangkap. Janganlah kalian takut mendapatkan label 'fanatik' atau ekstrimis (baca: jangan takut dituduh tidak liberal atau tidak terbuka). Janganlah kalian khuatirkan dituduh golongan fanatik dan berpegang teguh pada sunah. Dan janganlah kalian berlepas diri dari Islam sebagai prinsip dan dari hukum-hukumnya yang berkilau serta dari keterusterangan tujuan kalian dalam masyarakat beragama dan sistem pemerintahan tauhid sehingga musuh-musuh kalian yang keji menjadi senang kerananya."
Dendam kesumat musuh budaya Melayu-Islam
Seruan di atas menunjukkan dendam kesumat barisan musuh budaya Melayu-Islam ini terhadap visi dan kerja murni kita untuk kembali ke akar dan jatidiri. Mereka tidak dapat menafikannya lagi.
Ucapan di luar sedar tersebut menunjukkan kebencian yang amat sangat terhadap budaya Melayu-Islam. Kebencian yang sangat tepu dan pati. Kebencian yang tidak dapat dilindungkan lagi.
Moga-moga ramai yang meluat mendengar ungkapan batil serta durjana tersebut lalu celik mata serta tidak sepet lagi.
Kehidupan maha sekular sedang menujah pemikiran anak bangsa kita. Sambil berasa kasihan terhadap kesesatan mereka (doakan juga mereka diberi kebaikan segera) kita harus memasang strategi. Kata Imam Ali, batil yang tersusun akan menewaskan hak yang tidak tersusun.
Jangan benarkan mereka mencemarkan kita, dan jika dia berasa bodoh kerana berbahasa Melayu, kita buktikan kembali bahasa Melayu ini pernah menjadi bahasa ilmu satu masa dahulu dan merupakan bahasa yang hebat. Bahasa Melayu dan karya persuratan Melayu adalah benteng akidah, akhlak dan seluruh struktur adab budi kita.
Mari kita tegakkan kembali peradaban suci dan pertahankan persuratan sebagai kubu yang kukuh. Ini jalan terakhir yang ada untuk perang budaya dan penjajahan ini. Ayuh kembalikan. Jangan berasa malu dan segan, jangan berasa kalah dan perit.
Perjalanan masih panjang. Jangan benarkan kelompok kecil (tetapi strategis) yang hampas dan penuh noda ini menguasai kita. Biar kita luka atau cedera tapi undur jangan sekali.
Haram tinggal perjuangan
Sesungguhnya haram meninggalkan medan perjuangan. Kita mahu menjadi seperti Imam Hussein yang berjuang hingga ke akhir, kita mahu menjadi penebus dan pelawan hingga ke akhir seperti ibu kita Saiyyidah Fatimah az Zahra.
Penukaran agama Lina Joy tidak ada bezanya dengan penghinaan yang disemburkan dengan seruan di atas. Sesiapa pun dengan iman di dada akan berasa tercabar. Sesiapa pun yang benaknya dikuasai ilmu dan dapat menundukkan nafsu akan berasa aib dengan kenyataan melampau di atas.
Saudara-saudara betulkanlah saff perjuangan. Sesungguhnya bahasa Melayu kita sedang dikoyak-koyakkan dengan ganas, budaya kita sedang dicabul dengan penuh rakus. Dia berasa menang kerana hatinya tertutup dari cahaya.
Budaya kita sedang dinodai di semua medan pertempuran, dalam filem, di pentas, di buku semuanya kita sedang dibalun dengan sengit. Kuasai ilmu dan kemampuan seni saudara dan marilah kita berjuang dengan kekuatan karya dan produk seni kita pula.
Saya kekal bersemangat tinggi, saudara-saudara harus begitu juga. Ayuh bersama! - 14 Ogos 2006
II. Mengapa saya cemuh Gubra? - Faisal Tehrani
Saya tak menyangka entri mengenai Gubra (tehranifaisal.blogspot.com) menarik minat ramai. Seperti yang saya sebutkan ini blog saya, kalau ada yang tidak bersetuju itu anda punya pasal.
Akan tetapi ada pula yang tak mengerti mengapa saya menggunakan bahasa kesat, kasar, keras untuk menegur puak-puak ini. Saya tak sampai hati nak guna bahasa indah dan penuh nilai sastera untuk orang yang mempersendakan Islam.
Kenapa? Pertama, kerana di dalam dakwah, Islam memang menggalakkan penggunaan bahasa yang indah, kiasan, elok, puji-pujian kerana Islam itu memang mementingkan keindahan dan kehalusan.
Tetapi Islam juga mementingkan KEBENARAN. Kebenaran lebih utama dari keindahan. Tauhid lebih utama dari keindahan. Kalau kebenaran ditegakkan dengan sendiri keindahan ditegakkan.
Memang Bilal Li dalam Gubra boleh sahaja melakukan teguran dan nahi mungkar dengan bahasa yang sopan, katakanlah begini:
Bilal: Temah, abang tengok kau ini susah betul kerja begini.
Temah: Apa nak buat bang, Temah ini dah nasib jadi pelacur agaknya.
Bilal: Mana ada orang dinasibkan jadi begitu. Kau yang tentukan pilihan sendiri. Takkanlah kau nak jadi macam ni sampai bila-bila? Shahrin kan semakin dewasa. Orang pun dah ramai mengata. Kau tak kasihankan anak kau.
Kak Maz: Iyalah Temah, Kiah...marilah kakak ajarkan kau cara-cara nak buat nasi lemak dan jual tepi jalan tu. Kau buatlah sambal sotong tentu orang gemar. Yang kau nak jual badan buat apa?
Kiah: Kami tak tahu nak buat goreng pisang pun kak. Kami tahu mengangkang saja.
Bilal: Astaghfirullah, kasihan abang tengok kalian berdua ni. Beginilah abang uruskan dengan Jawatankuasa Surau supaya agihkan sedekah solat Jumaat untuk kalian sedikit buat permulaan modal bisnes.
Kak Maz: Hah betul tu, nanti abang tanyakan juga kepada pusat pungutan zakat supaya bagi wang sedikit untuk mereka setiap bulan.
Temah: Susahlah kak, Temah tahu buat kerja ni saja. Temah dah terbiasa. Masak-masak ni Temah tak reti.
Kiah: Betul tu kak Kiah, abang Li...
Bilal Li: Macam mana kami nak tolongkan kalian berdua supaya tak duduk dalam maksiat. Aku ni bilal, kalau aku tak tolong kalian nanti Tuhan tanya aku di akhirat apa pulak aku nak jawab. Sia-sia saja kau solat tonggang tonggek tapi tak cegah kalian dari jadi begini. Buat habis pahala aku saja.
Kak Maz: Kalau Temah tak nak jual nasi lemak atau cikodok atau tahu sumbat pun tak apa. Kak Maz kenalkan dengan orang jualan langsung mahu? Temah dengan Kiah jual la barang kemas zhulian ke.
Kiah: Tak retilah kak.
Kak Maz: Kalau tak reti kak Temah kenalkan orang yang boleh tolong kau jadi ejen Sendayu Tinggi, tak nak? Dulu taukeh dia pun hidup susah melarat juga macam kalian ni, tapi tak de lah sampai jadi macam kalian.Dia jumpa nenek bidan terus dapat petua kecantikan, sekarang dah kaya raya bukan main cun melecun lagi.
Temah: Kita orang tak reti la bisnes ni.
Bilal Li: Kalau tak reti sangat kau tolong abang jual prepaid kad, bila orang nak top up kau dapat komisen, tak mahu?
Kak Maz: Habis semua kau tak mahu, tak reti...kak Maz kena tolong kau, tegur kau, dan halang kau dari jadi macam ni. Kalau tak sia-sia Kak Maz ajar orang mengaji.
Temah: Nanti Temah fikirkan, betul juga. Ni pun Temah dah dapat HIV. Takkan Temah nak duduk dalam maksiat. Haram. Shahrin dah besar, Temah tak tahu sembahyang ni pun. Baca Quran pun Temah tak reti. Shahrin padahal lagi cekap dari Temah, dia belajar J-Qaf, Temah malu dengan anak sendiri.
Kiah: Tapi jual goreng pisang tak boleh kaya cepat.
Bilal Li: Di surau tu ada tabika kau kerja dengan tabika itu...dari kau kena pukul dengan pelanggan yang jahat tu, lagi elok kau jaga anak orang. Itu pun kau memang suka budak-budak bukan?
Kiah: Kami ada mak ayam jahat abang.
Bilal Li: Tak apa, nanti abang carikan JKK, orang Pejabat Agama dan bincang macam mana. Pak cik abang kerja jadi dj di radio IKIM. Takkanlah dia orang tak nak tolong, Inikan negara Islam yang terbilang, satu dunia kenal Malaysia sebagai negara Islam. Pemimpin kita pun Pengerusi OIC. Takkanlah kami nak diamkan kalian duduk dalam lubang dosa ni. Susah sangat nanti abang carikan mana-mana bekas pemimpin al-Arqam yang telah bertaubat, mereka suka tolong wanita dalam sengsara macam korang ni.
Mengapa susah sangat dakwah dalam filem
Jadi susah sangat nak masukkan elemen amar makruf nahi mungkar dalam filem? Jadi saya katak bawah tempurung?
Menegur kezaliman misalnya tidak akan dapat dilakukan dengan bahasa yang lunak. Kalau dengan Temah dan Kiah memang boleh menggunakan bahasa indah dan kias untuk berdakwah tapi dengan pihak yang memutarbelitkan Islam, dan jelas pula menyesatkan bolehkah?
Dalam sejarah Nabi Musa menegur Firaun tidak pernah baginda menyatakan, alahai bapaku sayang yang manja lagi berwibawa marilah intan payung menyembah Allah.
Atau dalam sejarah Nabi Ibrahim dan Namrud, baginda bukan sahaja tidak berbahasa manis, atau berbahasa kelat masam tetapi baginda pergi kepada patung Namrud dan kapakkan.
Itulah namanya Nahi mungkar. Kalau baginda Rasulullah itu seorang yang mementingkan keindahan semata, tidaklah baginda pergi berperang sampai luka dan cedera. Rasulullah pergi berperang sebab nak tegakkan kebenaran. Yang dia perangi itu pula bapak saudara dia, segala ipar duai kaum keluarga dia sendiri. Boleh ikut cara dia?Dalam menegakkan kebenaran, Islam bukan sahaja menggalakkan bahasa kesat, malah diwajibkan pergi berperang.
Bahasa baik, keras dalam dakwah
Kerja dakwah takkan selesai, dan bahasa baik atau keras memang selalu digunakan sepanjang jalan dakwah. Dalilnya, lihat ayat-ayat Quran di bawah ini. Kalau tak puas hati buka tafsir, pergi mengaji cari ustaz di masjid mana-mana untuk mengaji.
Allah pun gunakan kera, babi, celaka, anjing untuk mengumpamakan orang-orang yang menentang Islam dan keliru ini. Kalau malu pergi masjid sebab rasa macam masjid itu tempat orang konservatif sedangkan anda liberal, atau tak bersedia nak pakai tudung maka pergilah beli kitab tafsir.
Tak payah kitab yang susah mulakan dengan Tafsir Azhar pun dah cukup baik. Kalau tentang orang munafik tak usahlah, banyak hadis pula tentang neraka untuk mereka. Saya telah beri dalil saya, dalil saudara? Tidak saya bukan mahu bongkak tetapi saya mahu berhujah. Allahu 'alam.
Dalil penggunaan bahasa keras
Maksud Al-A'Araf ayat 176: Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
Maksud Al A'raf ayat 179: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Maksud Al A'raf ayat 180: Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
Maksud Al-Masad ayat 1-5: Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar.Yang di lehernya ada tali dari sabut.
Maksud Al-Baqarah ayat 65: Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Maksud Al-Maidah ayat 60: Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?" Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus."
Dan tentang ghibah (mengata dan mengeji dengan kasar ini), sila buka surah an Nisa ayat 148, bermaksud: Allah tidak menyukai orang-orang yang mengungkapkan keburukan, kecuali bagi orang yang dizalimi.
Memang saya emosi, dalam hal Islam dipersendakan sesiapa boleh tenang dan tak melenting itu tak tahulah di mana duduk imannya.
Isu Maulana Rumi
Ini satu lagi yang sangat menyakitkan hati saya. Penyelewengan sarjana Barat disahkan dalam Gubra. Banyak sarjana Barat mengkaji Rumi tapi hati-hati, ada yang tertentu sahaja munasabah. Betulkah Maulana Rumi terima semua agama kerana Tuhan itu sama? Benarkah ada konsep oneness? Bahawa maulana terima siapa sahaja termasuklah mereka yang bergelumang dengan maksiat dengan alasan kasih sayang dan saling memaafkan?
Kalau baca berdasarkan kaca mata orientalis (yang berlambak dalam internet) memang ya. Tetapi orang Turki sendiri tak habis faham apa kata Rumi kerana baitnya dalam Parsi dan orang Parsi sendiri tergamam dengan bait Rumi kerana banyak yang perlu ditafsirkan. Tambah-tambahlah saya. Atau sesiapa di luar sana yang gubra.
Marilah kita berdoa dibuka pintu irfan untuk kita semua. Karya sufi untuk orang sufi. Sebab kena guna akal untuk faham. Kena guna ilmu, kena guna amal. Kerana itu jangan copy and paste sesuka hati.
Ajaran Maulana memang mudah, kasih sayang, memaafkan tetapi ajaran beliau berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: Undang-undang adalah perkataanku, cara merupakan usahaku, dan kebenaran adalah kebesaran batiniahku.
Orang sufi memahami syariah dari sini, melaksanakan cara mereka (tarikat) dari sini dan mencapai haqiqah atau kebenaran juga bertitik tolak dari sini. Sumber mereka hadis ini. Sumber mereka Nabi Muhammad Inilah juga asas ajaran Rumi seperti yang beliau tuliskan dalam Pir Changi.
Ini terpancar dalam bait (terjemahan Melayunya):
Padanya kukatakan rahsia sahabat lebih baik dengarkan dalam isi cerita lebih baik rahsia kasih diserlah dalam bualan orang lain.
Kalau kita baca selapis bait ini terpinga-pinga kita. Tapi Maulana bercakap mengenai hadis di atas.
Maulana memang menggalakkan kasih sayang tetapi urusan haram tetap haram. Ini terpancar dalam bait Maulana di bawah, juga dari Pir Changi:
Yang Benar pada kita bersuara katakan, marilah! buat isyarat kita mengatasi rasa malu.
Bait ini adalah tafsiran kepada ayat 151 surah al-An'am: Katakanlah: Marilah ku bacakan apa yang diharamkan Tuhanmu kepadamu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa,... demikianlah apa yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahaminya.
Atas nama kasih sayang
Sebab itu kata bait yang dipetik dalam Gubra telah dipenggal dari sekian ribu bait lain! Maulana tak pernah mengesahkan kesyirikan apatah lagi yang haram-haram atas nama kasih sayang dan kemaafan.
Malah Rumi sekali lagi dalam bait yang lain, juga dalam Pir Changi menyebut:
Kerana tiap jiwa diterimanya sepuluh sebagai nilai dari seruling bacalah sepuluh perumpamaannya.
Bait ini bukan sekadar puisi! Sekali baca lelah nak memahamkan, kerana sebenarnya Rumi bercakap mengenai ayat 160 surah al-An'am, maksudnya: Barang siapa beramal baik, maka ia memperoleh sepuluh kali ganda amalnya; dan barang siapa yang berkelakuan jahat, maka ia tidak diberi pembalasan kecuali seimbang dengan kejahatannya, sedangkan mereka sedikit pun tidak dirugikan.
Dan tidak pernah ada bait yang lebih jelas tentang penentangan Maulana terhadap konsep inter-faith commission yang kurang ajar itu melainkan bait ini:
Ketiga kerana ku pergi jauh darimu seolah kukatakan ketiga dari yang tiga. (Pir changi, hikayat iv)
Tafsir Rumi sesuka hati
Di mana Maulana dalam bait itu mengulas ayat 73 surah al-Maidah: Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali yang ada hanyalah Tuhan Yang Esa.
Jangan main bedal menafsir bait Rumi sesuka hati. Oh aku suka puisi, baca puisi Tagore, baca puisi Iqbal, baca puisi Khalil Gibran dan kemudian menafsir puisi Rumi ikut nafsu rendah sendiri. Kalau mahu tafsir puisi mistik biar faham ilmu mistik Islam.
Jadi apa halnya dengan bait: The lamps are different but the Light is the same yang terselit di akhir filem Gubra?
Jadi the lamps are different but the Light is the same? Rujuklah ayat ini.
Allah berfirman dalam surah al Maidah ayat 48, maksudnya: Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah mengkehendaki nescaya kamu dijadikannya satu umat saja tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya,lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.
Inilah konteks bait Rumi tadi dengan ayat suci al-Quran ini. Dan ayat di atas ada ayat sebelumnya (jangan buat kerja penggal potong copy and paste sesuka hati nafsu). Ayat itu pula berbunyi, maksudnya:
Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah Turunkan dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.
Begitulah, Allahu 'Alam.
Perjalanan spritual
Bait ini seperti mana bait Rumi, Fansuri, Shirazi dan mereka yang sewaktu dengannya harus diamati dan kadang-kala perlu tiba ke makam kaum urafa' untuk menanggapi perjalanan spiritual sheikh-sheikh ini.Orang mahu merujuk diri mereka kepada irfan atau tasawuf (menurut orang sunni) tetapi mereka memisahkan bait yang atas tadi misalnya dengan bait-bait Rumi yang lain yang jumlahnya beribu-ribu itu.
Sedangkan Rumi menekankan irfan harus berdasarkan marifatullah.Dan kasih sayang segala yang diajarkan oleh Rumi itu sama sekali tak terpisah dari jihad. Malahan Rumi menyarankan jihad besar juga kecil:
Wahai kesatria telah kau bunuh musuh lahir namun tersisa musuh tersembunyi yang lebih kejam dan berbahaya mustahil kau bunuh musuh itu dengan akal dan ilmu Kerana ia kuat bak macan, bukan kelinci mainan sungguh jiwa adalah api yang berkobar akan menelan siapa yang mendekat bagai ular menelan mangsa api yang berkobar itu lautan pun tak mampu memadamkannya.
Saya tak akan mengulas lagi isu ini dan semoga entri ini memberi manfaat dan membolehkan saudara-saudara yang masih meraba, berfikir. Macam saya sebutkan dahulu hidayah macam cahaya, kau duduk dalam bilik gelap kau terpekik-pekik minta cahaya tapi tingkap kau tak nak buka macam mana cahaya nak masuk?
Justeru kalau betul mahu berfikir, buka hati dan lapangkan benak baru hadam entri ini. Segala yang baik datang dari Allah, yang salah silap datang dari saya sendiri.
Tuesday, July 21, 2009
PPSMI silap - Profesor Ungku Aziz
Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.
Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.
“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.
“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.
MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?
UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara.
Selepas ceramah saya di Bankers Club di Bukit Bintang, saya keluar dari bangunan itu kita boleh dengar pelbagai bahasa yang diucapkan termasuklah bahasa Hokkien, Mandarin dan sebagainya termasuklah bahasa Melayu. Tapi kalau kita perhatikan di kawasan Bukit Bintang, mereka yang bercakap dalam bahasa Melayu ini tidak ramai, belum lagi di Jalan Petaling.
Mereka ini menggunakan bahasa Mandarin tetapi dalam banyak dialek dan kalau cakap Melayu pun dalam bentuk rojak dan bercampur-campur. Jadi bagi saya perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan negara?
Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.
Namun Alhamdulillah, toleransi orang Melayu sangat tinggi jika tidak ada banyak masalah. Kalau ada masalah terutama membabitkan politik orang akan menuding kepada pihak tertentu seperti MCA dan PKR. Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.
Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.
Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.
Setelah kita memberi masa enam tahun PPSMI berjalan, kepada Pak Ungku apa kelemahan ketara dasar ini?
UNGKU AZIZ: Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.
Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.
Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.
Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.
Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.
Apa pula masalah yang perlu ditangani segera selepas pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu?
UNGKU AZIZ: Dari segi kelengkapan tidak banyak masalah. Ini kerana banyak buku telah diterbit dan diterjemah ke bahasa Melayu. Ini termasuklah kamus-kamus seperti kamus biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains.
Kita ambil contoh kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, penguasaan kosa kata mereka tidak banyak. Tetapi mereka akan belajar lebih banyak dan mampu menulis ayat setelah bersekolah untuk beberapa tahun. Selepas itu mereka ini sudah berkeupayaan untuk bercakap dan selepas masuk sekolah menengah mereka sudah boleh bercakap tentang perkara- perkara yang abstrak. Ini kerana mereka telah belajar perkara-perkara ini secara beransur-ansur dan keupayaan mereka semakin berkembang setelah belajar. Pelajar ini perlu didedahkan dari awal penggunaan bahasa Melayu tidak kira mereka ini orang Cina, Melayu atau kaum lain.
Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.
Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.
Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?
UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.
Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang mendalam tapi ini tidak bermakna kita berundur ke belakang. Keputusan itu menunjukkan ada keseimbangan iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi saya PPSMI banyak merugikan anak-anak Melayu terutama yang tinggal di desa.
Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?
UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.
Pelaksanaan bahasa Melayu ini tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda. Apa pandangan Pak Ungku?
UNGKU AZIZ: Kita kena faham tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu.
Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.
Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini.
Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew.
Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya?
Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.
Kalau begitu apa perlunya sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?
UNGKU AZIZ: Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Kerana itu untuk mengajar dan mencampuri bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Bagaimana pula sikap sesetengah pihak yang terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan? Adakah kemungkinan PPSMI dikembalikan?
UNGKU AZIZ: Saya sangat berharap tidak akan berlaku dolak dalih bagi memungkinkan pelaksanaan PPSMI dikembalikan. Maksudnya setelah keputusan ini diambil kerajaan tidak akan berundur ke belakang. Saya faham kerajaan mungkin menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak supaya PPSMI ini dilaksanakan semula termasuklah dari orang Melayu sendiri. Saya tidak kata kita menolak penggunaan bahasa Inggeris sebab bahasa itu perlu untuk menjadikan negara ini maju. Tetapi saya mahu bahasa Melayu terus unggul di negara sendiri. Kita tidak perlu pinggirkan bahasa Melayu sebaliknya kedua-dua bahasa ini sama-sama naik.
Namun cabaran ini pastinya sangat hebat kerana ada di kalangan kaum lain dan juga sesetengah orang Melayu sendiri yang hanya mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau kita lihat contoh seperti mereka di Jamaica dan negara-negara di kepulauan Caribbean, mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Adakah kita mahu jadi seperti itu? Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu. Namun pada masa yang sama demi kemajuan negara kita mesti mampu berbahasa Inggeris.
Thursday, July 2, 2009
Seni pada iklan
Saturday, June 27, 2009
60 wallpaper terbaik (linux-ubuntu)
Tadi aku baru jln2/merayau kt net.. pastu ter jmpe artikel kat melayubuntu pasal 60 wallpaper yg cntek. aku usha la dlu. betul ke menarik?
Hmm... bole tahan.. tak mengecewakan aku..
So klo ada sesiapa yg pakai linux, khususnya ubuntu bolehla sedut. lawa2 lawa wo.. xnyesal punya..
nak donlot sini pon bole.. Tapi untuk gmbar penuh sila ke tuanpunya web.. tq..
Wednesday, May 13, 2009
Tuesday, May 5, 2009
perihatin: isu bahasa dan PPSMI
Perlukah diagung agungkan bahasa ingeris? Perlukah ianya untuk memastikan Malaysia ini maju?
Kalau jawapan anda "ya",
"Kepalahotak anda" aku berikan. Dekat Jepun tak utamakan bahasa Ingeris tapi maju je. Ni la namanya jatidiri dan mereka amat berbangga dengan bahasa, bangsa diorg sendiri.
Alhamdulillah dengan hadirnya mereka yang prihatin ngan isu ni berani bersuara dan secara tak langsung membuka mata mereka yang buta. Baru-baru ni mereka menunjukkan keberanian mereka rela lepaskan gelaran yg mereka dapat. : Sasterawan Negara rela lepas gelaran mereka.. lagi sasterawan negara iaitu S. Samad Said, Dato' Shahnon Ahmad, Dato' Noordin Hassan dan Dato' Abdullah Hussain.
Prof Nik Safiah bukannya hendak melawan Sharizat Jalil untuk jadi Ketua Wanita Umno. Sasterawan Negara A Samad Said pun bukannya hendak berkempen untuk menjadi menteri. Mereka terpaksa melakukan ini semata-mata kerana hendak memelihara bahasa Melayu, disebabkan oleh adanya pemimpin Melayu sendiri yang cuba hendak membunuh bahasa Melayu.
Ape cite ni beb?????
untuk memperjuangkan semula kedaulatan bahasa Melayu ini, Sasterawan Negara A Samad Said yang dengan beraninya berdiri di atas pentas PAS dan keADILan, bagi menyatakan perjuangan mereka membantah PPSMI, pada 24 Februari pentasKeADILan Kelana Jaya menyaksikan pula Prof Dr Ir Wan Abu Bakar menceritakan pengalamannyaberpuluh tahun mengajar kejuruteraan di universiti, dalam bahasa Melayu, tanpa menghadapi masalah.
Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.
Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.
"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.
"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.
"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,"
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.
Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.
"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.
"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.
"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.
"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.
"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.
Sapa lg nak teruskan PPSMI ni?? Sila berikan hijah anda kat aku...Kenapa kami bantah?
sila download hayati dan nilaikannya sendiri..
Tuesday, April 28, 2009
Kisah Sebenar tentang Palestin
kisah sebenar yang patut di ambil tahu:
Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share pengalamannya. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.
Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza.. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran..
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak...tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel.
(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ...tapi dia mention Hashim...)
Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang..Nauzubilla h.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe). ..So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.
Wallahualam.
Ruang Juang Palestin
Ini adalah sumbangan yang digitalDark Art dapat sumbangakan kepada isu peperangan Israel-Palestin. Kita harus memandang isu ini adalah serius dan bukan isu biasa kerana isu ini sudah sekian lama berlaku. Tapi isu kali ini seolah-olah mahu menghapuskan semua umat Islam di Palestin. Semua bantuan dari luar disekat seperti makanan, perubatan dan sebagainya ke bumi Palestin. Bagi pihak digitalDark Art, ini sajalah yang mampu dibantu.
Dengan T-shirt dibahagian hadapan mengambarkan 2 perjuang Palestin. Simbolik kepada Fattah dan Hamas. Kepada mereka yang kurang tahu pasal pergolakan di Palestin boleh bacanya serba sedikit di sini. Tshirt hanya keluar di dalam warna putih sahaja. Dibahagian belakang pula Coretan seni "sajak" yang bertajuk Ruang Juang Palestin yang dikarang sendiri bagi mengambarkan semangat perjuang-pejuang Palestin ini.. Dan terdapat juga logo logo pertubuhan dan label yang menyokong Palestin terus kekal dan Israel dihapuskan dari peta dunia. Harga untuk T shirt ini hanya Rm23 termasuk belanja pos. Setiap Rm1 hasil jualan akan disumbangkan kepada kebajikan dan kepentingan Palestin.
Jualan design ini adalah terhad iaitu 30 helai sahaja.
Untuk perhatian: Saiz t-shirt adalah besar sedikit(basic tee). Jika anda memakai saiz M, Sila oder saiz S kerana saiz S seperti Saiz M. Harap maklum. Termpahan bolehlah dilakukan melalui email atau SMS.
digitaldarkart@gmail.com
Syed-017-526 66 09
Bayaran pula melalui:
Bank-in(Maybank) 158154235103
atas nama Syed Mohd Yunus b. S. Hasan
Setiap bayaran yang sudah dibuat perlulah dimaklumkan melalui SMS atau email.
Saiz yang masih tinggal:
XS-2
S-5
M-6
L-3
XL-5
Thursday, January 29, 2009
Terjerumus ke arena photography
Saya mula berjinak-jinak dalam bidang photography pulak. Dah lama minat. just kewangan yang tak mengizinkan join. Apsal x pinjam kemera org? Tu bukan cara aku yek