Saturday, May 31, 2008

Disebalik lukisan part 1

Di sini diterangkan serba sedikit maksud untuk lukisan dibawah. Setiap hasil seni mempunyai maksud/mesej tertentu. Bukan semua mesej dalam hasil seni dapat di terima oleh penerima/pembeli/peminat. Oleh itu, penerangan derta penceritaan di sebalik hasil seni ini perlu bagi menerangkan tujuan dan mesej yang mahu disampaikan. Demikianlah yang digitalDark Art mahukan.

Hasil seni juga bolehlah ditafsirkan mengikut kefahaman dan menerusi pacaindra seni masing-masing. Terpulang pada individu.. Insyallah ianya dapat menerangkan mesej yang digitalDark Art mahu sampaikan. Hail and Peace!!!



Ok.. Disini(kanan atas) kita dapat lihat manusia lelaki yang berambut panjang. Di seolah-olah bersedia mahu menyerang kita. Ini adalah simbolik kepada kita hendahlah sentiasa bersedia menghadapi sebarang keungkinan. Maksud bersedia dari pelbagai aspek dan ianya terlalu luas.Beware!

Dibahagian tengah pula kelihatan objek seolah-olah burung, dan ini membawa maksud bebas. tetapi didalam burung ini kelihatan corak bulatan. Ini bermaksud kebebasan yang kita mahukan adalah mengikut had dan batasan.

Setusnya kita lihat dibawahnya berupa bom tangan. tetapi ianya disambung kepada host. Simboliknya ialah, peperangan haruslah dihalakan pada mereka yang terlibat sahaja. maksudnya tiada mangsa orang awam. ini berhubung peperangan U.S vs Iraq.

Ok.. Dibahagian kanan pula kelihatan awan-awan kecil mengandungi beberapa text. Jika diamati, ianya tertera pelbagai perkataan seperti genre muzik, art,politics dan lain-lain lagi. Ini hanyalah benda-benda yang pelukis berminat fikirkan demi masa depan diri dan bangsa,negara,agama hatta dunia.





Disebalik lukisan part 2
Disebalik lukisan part 3
Disebalik lukisan part 4

Thursday, May 29, 2008

Design T-shirt pertama-Chaostar


*Klik untuk besar

Chaostar
Design ini dihasilkan selama 2 hari lukis tangan. Bermula dengan sketching untuk mengeluarkan idea yang berkenaan dengan tajuk "CHAOSTAR" ini. Setelah siap sketch, ianya diteruskan dengan proses inking. Dengan hanya menggunakan pensil dan permanent fine marker(sharpie) maka terhasilah artwork ini... Penat tapi puas woo..

Untuk design ini ianya dalam proses mencetak dan mahu test market dulu. Dengan itu, ianya dicetak dalam kuanti terhad iaitu dalam 50 helai. harga berkemungkinan RM30 dan ianya masih dalam proses pernilaian. :)

Maksud disebalik artwork ini akan kita bincangkan dalam entri akan datang...

Wednesday, May 28, 2008

Logo rasmi digitalDark Art



Otakdantext...

Otak:
Simbolik kepada penghasilan idea yang baru dan lain dari yang lain. Kalau ada idea tapi tiada kemahiran tak guna juga. So, pencarigalian teknik dan kemahiran adalah sanggat diutamakan. Dengan bertahun lama mengkaji barulah sesebuah produk seni sedia/dapat dihasilkan. Semua penghasilan berpunca daripada bahagian yang paling penting dalam setiap individu insan/manusia iaitu otak.

Text digitalDark Art:Tiada apa2 yang pelik. Hanya text tetapi ianya disusun supaya kelihatan kemas dan menarik. Ini adalah menunjukkan pengasilan produk juga hanya yang kemas dan menarik.