Wednesday, May 13, 2009

mini gethering-Port Dickson

Ni sambungan dr fotopages


Ni la die suasana di PORT DICSON



baboi


















Kerjasama ala2 wanderpet
Awek aweks






John time dalam kete saga die.



Lelain gambar yelah di upoad di photopages.

part 1
part 2
part 3


Tuesday, May 5, 2009

perihatin: isu bahasa dan PPSMI

Seperti yang kita tahu isu hangat melanda Malaysia baru-baru ini iaitu isu PPSMI. Ramai interlektual menyokonya kononnya memajukan Malaysia khususnya.. Tetapi, tanpa disedari ianya akan melemahkan bangsa melayu dan secara tak langsung membunuh bahasa melayu itu sendiri. Melayu memang kaya dengan kesenian dan kehalusan didalam bahasa melayu itu sendiri kerana ianya unik.

Perlukah diagung agungkan bahasa ingeris? Perlukah ianya untuk memastikan Malaysia ini maju?

Kalau jawapan anda "ya",

"Kepalahotak anda" aku berikan. Dekat Jepun tak utamakan bahasa Ingeris tapi maju je. Ni la namanya jatidiri dan mereka amat berbangga dengan bahasa, bangsa diorg sendiri.

Alhamdulillah dengan hadirnya mereka yang prihatin ngan isu ni berani bersuara dan secara tak langsung membuka mata mereka yang buta. Baru-baru ni mereka menunjukkan keberanian mereka rela lepaskan gelaran yg mereka dapat. : Sasterawan Negara rela lepas gelaran mereka.. lagi sasterawan negara iaitu S. Samad Said, Dato' Shahnon Ahmad, Dato' Noordin Hassan dan Dato' Abdullah Hussain.

Prof Nik Safiah bukannya hendak melawan Sharizat Jalil untuk jadi Ketua Wanita Umno. Sasterawan Negara A Samad Said pun bukannya hendak berkempen untuk menjadi menteri. Mereka terpaksa melakukan ini semata-mata kerana hendak memelihara bahasa Melayu, disebabkan oleh adanya pemimpin Melayu sendiri yang cuba hendak membunuh bahasa Melayu.

Ape cite ni beb?????



untuk memperjuangkan semula kedaulatan bahasa Melayu ini, Sasterawan Negara A Samad Said yang dengan beraninya berdiri di atas pentas PAS dan keADILan, bagi menyatakan perjuangan mereka membantah PPSMI, pada 24 Februari pentasKeADILan Kelana Jaya menyaksikan pula Prof Dr Ir Wan Abu Bakar menceritakan pengalamannyaberpuluh tahun mengajar kejuruteraan di universiti, dalam bahasa Melayu, tanpa menghadapi masalah.

Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)


"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.


"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,"

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.

"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.

"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.

Sapa lg nak teruskan PPSMI ni?? Sila berikan hijah anda kat aku...

Kenapa kami bantah?
sila download hayati dan nilaikannya sendiri..